All Categories


Pages

Penggunaan Sistem Maklumat Geografi (GIS), Sistem Penentu Kedudukan Global (GPS) dan teknologi Remote Sensing (RS) untuk pengurusan pastura dalam membantu membuat keputusan di peringkat ladang (2012)

Melalui penggunaan sistem pengurusan ladang yang mengintegrasi teknologi remote sensing, GIS, GPS dan IT objektif ‘precision farming’ dapat dicapai. Penggunaan dan perlaksanaan teknologi ini lebih menumpukan kepada input perladangan seperti penggunaan baja, racun serangga dan air pada kuantiti, masa dan tempat yang tepat.

Perancangan yang tepat dan kebolehan membuat keputusan yang bijak akan menghasilkan output yang optimum pada peringkat ladang dan jabatan. Teknologi ini akan memberi manfaat kepada pihak pengurusan dalam melakukan perancangan masa depan dengan cara yang sistematik untuk keseluruhan kawasan ladang. Laporan perancangan tahunan ladang juga dapat dihasilkan dengan lebih mudah dan tepat serta perancangan seterusnya dapat dibuat dengan mudah. Selain itu, ia menjadi medium bagi ketersediaan sumber maklumat untuk kerja-kerja perancangan dan pembangunan ladang yang cepat dan efisien dan mengurangkan kos jangka panjang sistem pengeluaran ladang secara keseluruhan di samping pengurangan penggunaan tenaga kerja yang berkesan dalam menjalankan penilaian ladang.

download


More Info

Upload By :

About this Article Paper

En. Shahril Azwan bin Mohd Zain, Tn. Syed Hussein bin Syed Abdullah, En Chang Kum Wah, En. Fakhrulisham bin Razali, En. Mohammad Masrin bin Azami


Comments


No comments yet! Be the first:

Your Response



Most Viewed - All Categories