All Categories


Pages

Pengekang AI Mudah Alih (PAIMA) (2014)

Di Institut Biodiversiti Veterinar Kebangsaan (IBVK) Jerantut, Pahang, ternakan ruminan kecil digunakan untuk tujuan penyelidikan teknologi pembiakan seperti pencirian sesuatu baka, ultrasound scanning dan permanian beradas. Ke semua aktiviti ini memerlukan ternakan tersebut dikekang di suatu tempat untuk berada dalam pergerakan minimum. Bagi aktiviti pemanian beradas, teknik biasa yang digunakan untuk kekangan adalah pengendali perlu memegang ternakan pada alat pengekang AI ruminan kecil. Namum demikian, teknik ini memerlukan cara mengendali yang sesuai, sumber tenaga manusia yang tidak efisien, di samping terdedah kepada risiko kecederaan pada pengendali dan ternakan itu sendiri. Di samping itu, struktur alat ini juga kurang praktikal dari segi saiz, berat, mudah berkarat dan sukar untuk di bawa ke mana-mana. Satu alat mudah kerja telah direkabentuk dan ditambahbaik dari segi penggunaannya dengan mengekalkan fungsinya asalnya iaitu PAIMA (Pengekang AI Mudah Alih) khusus untuk ruminan kecil. Ia diperbuat daripada 90% Stainless Steel yang mempunyai ciri-ciri fleksible (ketinggian boleh laras) dan mudah alih (boleh dilipat, struktur kerangka mudah dicabut dan dipasang), saiz yang kecil (muat dalam beg khas) dan ringan.

download


More Info

Upload By : Mr Sharil Azwan

About this Article Paper

Pn. Suriaty binti Ramli, Dr. Lai Shu Zhan, Dr. Intan Liana binti Mat Kasa, En. Mohamad Riduan bin Daud, En. Khairuddin bin Hj. Mohamad


Comments


No comments yet! Be the first:

Your Response



Most Viewed - All Categories