All Categories


Pages

Rapid Action Team Lalat (RAT-LALAT) (2014)

RAT-LALAT adalah pasukan petugas pantas khas (Rapit Action Team) bertindak memberi khidmat untuk mengatasi masalah lalat di ladang ayam dan sekitarnya. Setiap pasukan dianggotai kakitangan JPV sediada yang terdiri daripada seorang penguatkuasa, dua orang staf teknikal dan 1 orang pekerja rendah dan pemandu. Pasukan ini dilengkapkan dengan perlatan semburan elektrostatik terkini untuk membunuh larva dan lalat dewasa. Mobiliti pantas pasukan ini ditunjangi 11 buah kenderaan 4WD Toyota Hilux. Sebanyak 11 pasukan RAT-LALAT telah ditubuhkan bagi mengatasi masalah lalat berpunca dari ladang ayam di Johor. Inovasi ini tercetus bagi mengatasi kegagalan perkhidmatan yang diberi selama ini - iatu khidmat nasihat dan mengenakan kompaun kepada pengusaha yang didapati membiarkan ladangnya menjadi tempat pembiakan lalat. Perkhidmatan diberi oleh pasukan RAT-LALAT dapat menyelesaikan masalah lalat di ladang. Pasukan RAT-LALAT mula beroperasi pada awal 2013 setelah perolehan peralatan dan latihan dilaksanakan pada penghujung 2012. Diperingkat awal operasi RAT-LALAT digerakan secara berpusat (centralized) yang dikoordinasi oleh JPV Ibu Pejabat di Nusajaya. Semua sebelas pasukan RAT-LALAT digerakkan ke kawasan “hot-spot” dimana sering terdapat aduan kacau-ganggu lalat dimana kepadatan ladang dan populasi ayam adalah tinggi. Pada tahun 2014 perkhidmatan ini telah di “decentralize” di Pejabat Veterinar Daerah dan menjadikan khidmat eliminasilalat di ladang ayam sebagai khidmat baru diberikan oleh PVD daerah. Impak perkidmatan RAT-LALAT dapat dilihat dengan penurunan kes aduan kacau￾ganggu lalat Pada masa,yang sama pemantauan tempat-tempat strategik pengukur berlakunya masalah lalat seperti di R&R Machap umpamanya mendapati masalah ini telah dapat diatasi. Pasukan RAT-LALAT telah memperbetulkan imej negatif industri pengeluaran ayam. Inovasi RAT-LALAT juga memberi kemahiran baru kepada anggota JPV Johor yang boleh menyumbang kepada sustainabiliti Industri Unggas negeri dan negara.

download


More Info

Upload By : Mr Sharil Azwan

About this Article Paper

Dr. Kamarudin bin Md. Isa, Dr. Julaida binti Sulaiman, Dr. Siti Nurkhadijah binti Md. Yunos, Dr. Siti Zubaidah binti Che Lem, Tn. Hj. Ahmad Azam bin Yamen


Comments


No comments yet! Be the first:

Your Response



Most Viewed - All Categories