All Categories


Pages

Proses Permohonan & Pemilihan Peserta Pinjaman Induk Tanpa Faedah (PINTAF) Mengambil Masa Yang Lama (2014)

Sistem Pintaf Online merupakan satu kaedah baru dalam permohonan dan pemilihan peserta secara atas talian telah dicipta dengan menggunakan kepakaran dan pengetahuan ahli KIK Jabatan di mana permohonan dilakukan secara ‘online’ untuk diisi oleh pemohon/penternak. Sistem ini adalah janaan oleh komputer secara keseluruhan terutama dalam proses permohonan, pemilihan dan tapisan pemohon yang benar-benar layak. Ia dikawal dengan piawaian tertentu yang ditetapkan oleh DVS Perak dengan kriteria-kriteria yang perlu dipenuhi. Pemarkahan adalah secara automatik dan siasatan lapangan dilakukan hanya bagi mengesahkan kesahihan maklumat yang diberikan dalam permohonan. Tiada lagi sesi temuduga secara langsung yang memakan masa lama. Peserta akan disenarai pendek melalui sistem ini dalam beberapa saat secara adil, mudah dan ini mempercepatkan siasatan di lapangan dijalankan. Keputusan memilih peserta yang layak dapat diperolehi dengan cepat dan tepat. Ruang dan peluang untuk amalan tidak berintegriti akan terhapus dan golongan sasaran yang benar-benar layak sahaja yang akan mendapat agihan bantuan. Proses penyerahan ternakan dapat dilakukan dengan cepat dan tidak menimbulkan keputusan berat sebelah dan penternak yang benar-benar berpotensi dapat dikembangkan. Secara umumnya, sistem ini dapat melakukan pemilihan penternak yang berpotensi secara berintegriti, adil dan cepat.

download


More Info

Upload By : Mr Sharil Azwan

About this Article Paper

En. Mat Termizi bin Hussin, Tn. Hj. Yusop bin Ahmad, En Syamsul Ariffin bin Abd. Arif, Tn. Hj. Isa bin Abdullah Sani, En. Esdy Azif bin Abd Rani, En. Ahmad Husaini bin Saidin, En. Megat Izudin bin Megat MK, En. Muhammad Azizul bin Abdul Wahab


Comments


No comments yet! Be the first:

Your Response



Most Viewed - All Categories