All Categories


Pages

Baja Kompos “Botanik” Pelestarian Alam Sekitar (2018)

Aktiviti pembangunan tidak terkawal telah mengakibatkan kesan kerosakan keatas sistem ekologi persekitaran. Kesan negatif, antara lain adalah seperti penghakisan tanah, kualiti kesuburan tanah, pencemaran alam sekitar dan sistem pengairan. Sektor pertanian turut memberi impak yang tidak baik kepada alam sekitar. Isu pencemaran akibat aktiviti pertanian seperti bau dan kacau ganggu lalat telah menjadi hangat diperkatakan di beberapa negeri di negara ini akibat dari timbunan tinja serta pengurusan sisa buangan ternakan yang tidak cekap. Dari sudut penanaman, penggunaan pelbagai bahan kimia, bahan sintetik dan racun rumpai secara meluas telah menambahkan impak negatif ini untuk terus berlaku. Penggunaan bahan kimia ini telah member kesan keatas pH tanah, struktur tanah, air dan tumbuhan. Bagi mengurangkan beban ini, industri pertanian telah mengambil langkah untuk mengguna bahan-bahan organik untuk aktiviti pertanian yang lebih mesra alam. Sebagai contoh penggunaan baja kompos dari sisa ternakan yang mengandungi mikroorganisma umpamanya micorrhizae untuk penghuraian dan penyerapan zat galian secara natural oleh tumbuhan telah terbukti memberi hasil yang sangat memuaskan.

download


More Info

Upload By : Basirah

About this Article Paper

HAJI ISMAIL BIN MUIT

SYARIKAT SBAB RESOURCES

016-291 2658 (HP)                                                                                      

603-8706 8681/3811 (o)

 


Comments


No comments yet! Be the first:

Your Response



Most Viewed - All Categories