All Categories


Pages

Sistem Pengeringan Solar Rumah Hijau (2019)

Pengeringan merupakan salah satu kaedah pengawetan bahan makanan atau produk pertanian bagi mengelakkannya menjadi rosak disebabkan oleh kandungan air yang tinggi. Oleh itu, proses pengeringan dilakukan sehingga kandungan air berkurang kepada sekurang-kurangnya 15% untuk penyimpanan yang selamat tanpa pertumbuhan kulat.

Kebiasaannya, bahan makanan atau produk pertanian dikeringkan secara terbuka di bawah sinaran matahari sebagai kaedah pengeringan tradisional oleh kebanyakan petani atau penternak di negara ini. Namun, kaedah ini boleh mempengaruhi kualiti bahan makanan akibat pencemaran oleh habuk, debu, gangguan daripada serangga dan haiwan perosak serta risiko cuaca seperti hujan. Tambahan pula, kaedah pengeringan seperti ini juga memerlukan kawasan yang luas dan tempoh pengeringan yang lebih lama.

Oleh itu, satu inovasi sistem pengeringan yang menggabungkan teknologi solar dan konsep rumah hijau dibangunkan sebagai kaedah alternatif bagi pengeringan bahan makanan atau produk pertanian. Kelebihan sistem pengeringan solar ini adalah dapat mempercepatkan tempoh pengeringan, pengeringan lebih sekata, melindungi bahan daripada pencemaran dan sekaligus dapat meningkatkan kualiti bahan makanan atau produk pertanian tersebut. Sistem pengeringan solar ini juga mudah digunakan dan efektif.

download


More Info

Upload By : Basirah

About this Article Paper

                                                                                                                                                                  Lily Suhaida binti Mohd Sojak                                                                                        

Makmal Kesihatan Awam Veterinar Salak Tinggi 

03-8706 8681/3811 (O)

 


Comments


No comments yet! Be the first:

Your Response



Most Viewed - All Categories