All Categories


Pages

EZ. Auger – Alat Persampelan Tanah (2019)

Rumput adalah bahan hijauan utama berasaskan serat yang penting dalam pemakanan ternakan ruminan. Rumput diperlukan sebagai makanan hijauan utama bagi  ternakan setiap hari dan dalam jumlah yang banyak. Sebagai contoh, ternakan lembu yang mempunyai berat badan 300 kg memerlukan rumput sebanyak 30 kg setiap hari dengan kualiti protein yang tinggi (CP 10% ke atas) dan kandungan tenaga metabolisme yang tinggi (ME 7.88 MJ ke atas). Oleh itu, adalah mustahak bagi pengusaha ternakan membekalkan rumput yang berterusan dan terjamin kualiti kepada ternakan setiap hari.

Kelangsungan bekalan rumput dan juga kualiti rumput yang baik adalah secara langsung berkait dengan kesuburan tanah. Kesuburan tanah sangat bergantung kepada jumlah pengapuran dan pembajaan yang betul, efisyen dan berkala melalui analisa tanah yang diperoleh melalui persampelan tanah. Persampelan tanah adalah antara program utama yang dijalankan di ladang ternakan jabatan dan juga ladang pengusaha ternakan.

download


More Info

Upload By : Basirah

About this Article Paper

PN HARYANI BINTI HAMAZAH                                                                                                              

INSTITUT VETERINAR MALAYSIA, KLUANG. JOHOR.

07-7597000

 


Comments


No comments yet! Be the first:

Your Response



Most Viewed - All Categories