All Categories


Pages

SISA MAKANAN SEBAGAI MAKANAN ALTERNATIF TERNAKAN

LATAR BELAKANG

 

Mengikut kepada keadaan semasa, makanan untuk ternakan poltri khususnya meningkat naik daripada RM 50 kepada hampir RM 100 bagi 50kg dedak jagung. Kos makanan ternakan meliputi 70% daripada kos keseluruhan yang diperlukan penternak di Malaysia.  Bahan sisa makanan adalah alternatif lain yang boleh digunakan sebagai sumber bahan makanan ternakan. Menurut Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara (JPSPN) kumbahan sisa pepejal meningkat 25,000 tan sehari bagi tahun 2012, 45 % daripadanya adalah makanan terbuang. Situasi seperti ini boleh dihentikan dengan segera. Justeru itu, kajian ini dijalankan bagi melihat keberkesanan pengolahan dan penggunaan sumber makanan terbuang ini menjadi sumber makanan ternakan. Berdasarkan kepada Wong H.K. (2012), spesifikasi nutrien minimum yang disyorkan bagi ayam Cobb 500 bagi crude protein adalah 21-22% (starter),

19-20% (grower), 18-19% (finisher); tenaga 12.70 MJ/kg (starter), 13.00 MJ/kg (grower),

13.3 MJ/kg (finisher); kalsium 0.90% (starter), 0.84% (grower), 0.76% (finisher). Manakala bagi puyuh (Syed Hussien, 1999), spesifikasi dan kandungan nutrien yang diperlukan bagi crude protein adalah 24% (starter), 20% (grower), 22% (finisher); tenaga 11.72 MJ/kg (starter), 11.51 MJ/kg (grower), 11.30 MJ/kg (finisher); kalsium 0.8-1.0% (starter), 0.8-1.0% (grower), 2.5-3.5% (finisher). Sisa makanan rumah mempunyai nilai komersial jika diuruskan dengan baik dan dijangka dapat meningkatkan pendapatan petani. Tiada pembaziran sisa malahan menjana industri baru dalam industri baja dan makanan ternakan.

 

Irdayu, H., Ahmad Shafri, H.,Jumaiza Mizwa,M.T., Summah, K., Norhaidayah, J. & Nurhayati, M.Y.

2014.

 

download


More Info

Upload By : Mastura Bt Yaacob

About this Article Paper
  1. Irdayu H., Ahmad Shafri H., Jumaiza Mizwa M.T., Summah K., Norhaidayah J. dan Nurhayati M.Y. (2014). Sisa Makanan Sebagai Makanan Alternatif Ternakan.

 


Comments


No comments yet! Be the first:

Your Response



Most Viewed - All Categories