All Categories


Pages

Daun Ketum Ayam (Madre de agua/ Trichanthera gigantea) 2019

Inovasi penggunaan Daun ketum ayam (madre de agua/ Trichanthera gigantea) adalah  hasil kajian percubaan yang telah dijalankan dari tahun 2012. Daun ketum ayam mengandungi protein yang tinggi, sesuai diberikan kepada ternakan secara segar ataupun sebagai di proses. Sesuai ditanam dalam  iklim Malaysia di mana hasil tanaman boleh dituai selama 10 tahun atau lebih. Saiz daunnya yang lebar memberi hasil yang tinggi dan  boleh mula dituai seawal 2 bulan selepas ditanam. Anggaran hasil setahun adalah sehingga 35MT per hektar. 

Daun ketum ayam ini tidak mengandungi faktor antinutritif seperti tenin dan selulos yang membolehkan protein diserap terus ke dalam badan dapat membantu mempercepatkan          tumbesaran ternakan serta  menghasilkan daging yang lebih enak.Pemberian daun ketum ayam memberikan penjimatan yang signifikan kepada penternak sebanyak 44% disamping meningkatkan kualiti daging tanpa memberi kesan negatif terhadap jangkamasa penternakan.

Perancangan masa hadapan adalah gabungan Daun ketum ayam  sebagai protein pengganti kacang soya bersama ubi kayu sebagai sumber karbohidrat, buah mengkudu sebagai antibiotik dan daun kari sebagai sumber kalsium untuk menghasilkan makanan ternakan organik, dan mengurangkan import makanan ternakan sebanyak RM7bilion setahun.

 

download


More Info

Upload By : Basirah

About this Article Paper

SUPARDI BIN BAI                                    

No.60, Jln Widuri 3, Kg. Sentosa Jay,A, Paroi, 70400 Seremban, NEGERI SEMBILAN

013-3644559

 

 


Comments


No comments yet! Be the first:

Your Response



Most Viewed - All Categories