All Categories


Pages

Projek Smart Eco Gas (2019)

Projek Smart Eco Gas merupakan satu inovasi yang memberi penekanan terhadap kualiti udara, kesihatan penternak dan masyarakat tempatan. Mengikut kajian National Ag Safety Database (NASD) terdapat empat gas berbahaya seperti Hydrogen Sulfide (H2S), Methane (CH4), Ammonia (NH3) dan Carbon Dioxide(CO2) dikeluarkan secara semulajadi daripada aktiviti penternakan seperti lembu, ayam, kambing, arnab dan sebagainya. Penciptaan alat ini berupaya              memberi penanda awal atau amaran awal sekiranya gas-gas ini dikesan sebelum ia mencapai tahap berbahaya.

Sebelum projek ini dilaksanakan tahap kesedaran terhadapan pencemaran udara di ladang tidak menjadi keutamaan akibatnya memberi kesan buruk kepada tahap kesihatan peternak di ladang  ternakan mereka.  Selain itu, aktiviti pembersihan kandang dilakukan secara rutin setiap hari menyebabkan kos operasi lebih tinggi.

Kini dengan adanya inovasi Smart Eco Gas ini tahap kesedaran terhadap kualiti udara telah meningkat. Sistem amaran awal yang mengesan kualiti udara tercemar (early pre-warning) di ladang membantu peternak membuat tindakan segera. Oleh itu, pembersihan kandang atau tinja dilakukan bila perlu sahaja dimana tenaga pekerja dan kos utiliti dikurangan serta-merta. Keprihatinan terhadap kesihatan pekerja dan masyarakat sekeliling dapat ditingkatkan dengan memberi persekitaran yang selesa, sihat dan berkualiti. 

 

download


More Info

Upload By : Basirah

About this Article Paper

 

Sri Prakathiswaran Mohana Dass          

Arise Agro Farm

No.504 , Taman PD , 71010 Lukut, Port Dickson, Negeri Sembilan   

012-6543705

 


Comments


No comments yet! Be the first:

Your Response



Most Viewed - All Categories