All Categories


Pages

Curcuminoid Dari Kunyit Untuk Merawat Keratoconjunctivitis Dan Uveitis Pada Ruminan (2019)

Curcuminoid merupakan sejenis bahan aktif semulajadi  dalam kunyit dari kategori flavanoid dan mempunyai kesan membunuh ke atas pelbagai jenis bakteria serta kesan anti-inflammatory.            

Curcuminoid yang diekstrak dari kunyit disebatikan ke dalam minyak sawit sebagai  carrier dan dijadikan  semburan bergas di dalam tin. Semburan yang keluar dalam bentuk partikel kecil akan meliputi permukaan kornea dan konjunktiva mata sebelum  menyerap ke dalam bahagian uvea dan memberi kesan antibiotik serta anti-inflammatory.

Penyemburan berterusan sekali sehari boleh mengembalikan penglihatan (restore vision) dalam masa seminggu untuk kes seperti buta mata (mata putih). Merawat masalah buta penglihatan pada ternakan dapat menyelamatkan ternakan dan memudahkan ternakan tersebut medapatkan  makanan.  

Produk yang dihasilkan menggunakan memerlukan kos yang rendah berbanding produk  sintetik yang  diimport malah memberi kesan yang sama seperti bahan import sintetik pada konsentrasi hanya 0.2 mg/g berbanding konsentrasi 2mg/g pada bahan sintetik.

 

download


More Info

Upload By : Basirah

About this Article Paper

Dr.K.Shankar Ganesh                

CG-34,Blok C Seri Pulai, Taman Balakong Jaya, 43200 Kajang Selangor  

0122095218


Comments


No comments yet! Be the first:

Your Response



Most Viewed - All Categories