All Categories


Pages

Penyelidikan dan Inovasi

OBJEKTIF

  1. Menghasilkan penemuan penyelidikan
  2. Meningkatkan keupayaan diagnosis penyakit
  3. Mewujudkan budaya inovasi
  4. Membangunkan kepakaran teknikal
  5. Pemindahan teknologi & pengkomesilan

 

FUNGSI

Fungsi Bahagian Penyelidikan Dan Inovasi secara khususnya mengikut seksyen adalah seperti berikut:

1. Seksyen Penyelidikan Penternakan

  1. Mengenalpasti bidang tumpuan serta merancang projek-projek penyelidikan dibawah Program Penyelidikan, Pembiakbakaan & Agro-Biodiversiti, Pemakanan Haiwan & Agronomi, Sistem Penternakan serta Kualiti & Keselamatan Makanan.
  2. Menentukan keperluan penyelidikan, mendapatkan dana dari sumber-sumber yang bersesuaian, melaksanakan dan mempastikan projek-projek penyelidikan menepati ketetapan yang ditentukan oleh pihak pembiaya.
  3. Menyelaras, memantau dan menilai pencapaian output, outcome dan impak projek-projek penyelidikan serta menyediakan laporan kemajuan projek secara berkala mengikut keperluan.
  4. Mengumpul maklumat serta menyelaraskan penyediaan kertas saintifik dan pembentangan bagi tujuan penyebaran maklumat, penerbitan, pemindahan teknologi, serta promosi hasil penyelidikan.
  5. Memantau prestasi penyelidik, mengatur penglibatan mereka dalam majlis-majlis ilmu seperti konvensyen, seminar & bengkel serta menguruskan keperluan latihan dan bimbingan bagi meningkatkan keupayaan, kompetensi dan pembangunan kerjaya para penyelidik.
  6. Menyediakan khidmat rundingan dan kepakaran dalam bidang-bidang berkaitan kepada pelanggan dan pihak-pihak yang berkepentingan.
  7. Bekerjasama dengan pelbagai pihak dari luar dan dalam negara untuk tujuan penyelidikan, pemindahan teknologi, bina upaya (capacity building) serta tujuan-tujuan lain yang bermanfaat kepada negara.

 

2. Seksyen Inovasi

  1. Merancang dan menyediakan program inovasi Jabatan serta menguruskan dan menyelaras perlaksanaannya.
  2. Mengadakan aktiviti-aktiviti untuk menggalakkan kreativiti dan inovasi dikalangan warga Jabatan dan industri.
  3. Membantu mewujudkan, membimbing dan memantapkan kumpulan-kumpulan inovatif dan kreatif (KIK) supaya mencapai tahap cemerlang.
  4. Mengumpul dan menyelaraskan penyeragaman, penyebaran, penerbitan, serta promosi kreatif dan inovasi yang dihasilkan kepada warga Jabatan, industri, orang awam dan pihak-pihak yang berkepentingan.
  5. Mengadakan dan menguruskan pengiktirafan keatas penyumbang idea kreatif dan inovasi yang dihasilkan.

 

3. Institut Penyelidikan Veterinar (VRI)

  1. Mengenalpasti bidang tumpuan serta merancang projek-projek penyelidikan dibawah Program Penyelidikan; Penyakit Haiwan & Zoonotik, Teknologi Diagnostik serta Pembangunan Vaksin & Biologik.
  2. Menentukan keperluan penyelidikan, mendapatkan dana dari sumber-sumber yang bersesuaian, melaksanakan dan mempastikan projek-projek penyelidikan menepati ketetapan yang ditentukan oleh pihak pembiaya.
  3. Menyediakan khidmat diagnostik, rujukan, latihan, rundingan dan kepakaran dalam bidang pengurusan penyakit haiwan dan zoonotik.
  4. Mengadakan dan menguruskan sistem yang berkesan bagi mempastikan keselamatan harta benda kerajaan dan pekerja dari aspek fizikal, harta intelek, bahan dan hasil penyelidik sertabiosekuriti dan biosafety terjamin dan terkawal.
  5. Mengumpul maklumat serta menyelaraskan penyediaan kertas saintifik dan pembentangan untuk tujuan penyebaran maklumat, penerbitan, pemindahan teknologi, promosi serta pengkomersilan hasil penyelidikan.
  6. Memantau prestasi penyelidik, mengatur penglibatan mereka dalam majlis ilmu seperti konvensyen & seminar serta menguruskan keperluan latihan dan bimbingan bagi meningkatkan keupayaan, kompetensi dan pembangunan kerjaya para penyelidik.
  7. Bekerjasama dengan pelbagai pihak dari luar dan dalam negara untuk tujuan penyelidikan, pemindahan teknologi, bina upaya (capacity building) serta tujuan-tujuan lain yang bermanfaat kepada negara.

Most Viewed - All Categories