All Categories


Pages

Kolaborasi

PENDAFTARAN PROJEK PENYELIDIKAN JABATAN BERSAMA AGENSI LUAR

  1. Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) telah menetapkan bahawa setiap Projek Penyelidikan baru yang bakal dijalankan di premis DVS bersama/kolaborasi dengan pihak luar perlu didaftarkan dan mendapat kebenaran daripada Jawatankuasa Penilaian Projek Penyelidikan DVS. Perkara ini telah dipersetujui dalam mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan dan Dasar Jabatan Bil 1/2019 pada 22 Januari 2019.
  2. Jawatankuasa Penilaian Projek Penyelidikan akan bermesyuarat pada setiap 3 bulan untuk penilaian permohonan projek yang diterima.
  3. Jenis kolaborasi yang boleh dibuat bersama Jabatan adalah dalam perkara-perkara seperti berikut:-
  1. Pembangunan sumber manusia seperti latihan industri, latihan sangkutan, latihan praktikal dan perkongsian/pertukaran kepakaran
  2. Penggunaan kemudahan atau/dan peralatan penyelidikan
  3. Kerjasama dalam bidang penyelidikan
  4. Perkongsian data
  • Pendaftaran boleh dikemukakan melalui borang dibawah dan dihantar kepada urusetia melalui email aini@dvs.gov.my.

DOKUMEN BERKAITAN

  • Borang permohonan projek penyelidikan / DANA : DOWNLOAD
  • Tatacara pengurusan penyelidikan : DOWNLOAD
  • Template Pembentangan : DOWNLOAD

Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan Pn. Marni Binti Sapar melalui emel marni@dvs.gov.my / For further info please contact our officer for R&D Committee Pn Marni (marni@dvs.gov.my)  OR  Research Division , DVS (03-88702009)