Material Transfer Agreement

1.     Pemohon luar (universiti, syarikat, perseorangan) yang hendak membuat permohonan pemindahan bahan biologik perlu berurusan melalui bahagian-bahagian / Institut yang berkaitan.

2.     Permohonan untuk dokumen MTA perlu dibuat oleh Bahagian / Institut secara rasmi melalui borang permohonan MTA (BPV-MTA/mohon) yang boleh dimuat turun dilaman web rasmi DVS / BPV. Borang tersebut perlu diserahkan kepada Bahagian Penyelidikan Veterinar (BPV) selaku urusetia dengan menyertakan bersama kelulusan pemindahan bahan biologik tersebut bagi tujuan perekodan dan pengeluaran dokumen MTA (mempunyai nombor rujukan).

3.     Urusetia akan mengeluarkan dokumen BPV-MTA1 atau BPV-MTA2, mengikut tujuan permohonan bersama no. rujukan secara soft copy (pdf) dan diemailkan kepada Bahagian / Institut berkaitan.

           a.BPV-MTA1: Dokumen pemindahan bahan biologik melibatkan pemindahan bahan bagi penyelidikan bukan komersil dan tidak berasaskan keuntungan.

           b.BPV-MTA2: Dokumen perjanjian pemindahan bahan biologik melibatkan pemindahan bahan bagi penyelidikan komersil

                                · Melibatkan kepentingan dan dasar Jabatan

                                · Bertujuan untuk pengkomersialan atau berpotensi dikomersilkan

                                · Berpotensi membawa mudarat dan boleh digunakan sebagai senjata biologi

                                · Berisiko dipindahkan dan dikendalikan dengan tujuan tertentu

4.     Dokumen BPV-MTA1 atau BPV-MTA2 yang diemailkan kepada pemohon dari Bahagian/Institut perlu diisikan oleh Pemohon luar mengikut keperluan maklumat didalam dokumen dengan lengkap dan ditandatangani oleh kedua-dua belah pihak DVS dan Pemohon luar. Penandatangan dari pihak DVS tidak semestinya oleh KPPV tetapi memadai dengan Pengarah Bahagian mengikut keperluan.

5.     Bagi dokumen Pemindahan Bahan biologik (BPV-MTA1), ianya perlulah dicop dengan cop jabatan / agensi / syarikat, manakala bagi dokumen Pemindahan Bahan biologik (BPV-MTA2), ianya perlulah dimati setemkan dengan setem hasil.

6.     Pemohon luar perlulah membuat 3 salinan dokumen-dokumen MTA yang telah lengkap dan diserahkan untuk simpanan (DVS, penerima bahan biologik, urusetia)

7.       Pihak DVS (Bahagian yang mengurus terimaan permohonan bahan biologik) perlulah memaklumkan kepada pihak yang mengeluarkan bahan biologik (e.g makmal, VRI) tersebut bagi memastikan bahan yang dimohon sedia untuk diserahkan kepada Pemohon luar.

Borang Permohonan MTA (BPV-MTA/mohon) : Muat turun KLIK SINI

[rushmore_contact_info _id="926972"]

Dr. Syed Zulkifli Bin Syed Zainulabidin
Email: syed_zulkifli@dvs.gov.my
Tel: 03-88702226

[/rushmore_contact_info]