Kolaborasi Pengurusan Projek Penyelidikan Dalaman

A.   Syarat Am dan Peraturan Permohonan

 

  • Pemohon hendaklah mengisi borang permohonan yang boleh dimuat turun melalui portal BPV
  • Setiap borang permohonan perlu disertakan bersama dengan kertas cadangan penyelidikan.
  • Semua permohonan mestilah dinilai dan diperakukan oleh Ketua Jabatan/ Pengarah DVS Negeri/ Pengarah Bahagian/ Pengarah Institut/ Makmal masing-masing terlebih dahulu.
  • Pemohon hendaklah mengemukakan borang permohonan lengkap berserta dengan kertas cadangan penyelidikan dalam bentuk salinan keras (hardcopy) ke pejabat BPV ataupun/ dan dalam bentuk salinan lembut (softcopy) melalui e-mel kepada pihak Urus setia.
  • Pihak Urusetia akan menyemak semua permohonan. Permohonan yang tidak lengkap akan dikembalikan kepada pemohon untuk tindakan pembetulan/ penambahbaikan.

Kolaborasi antara BPV dengan DVS Negeri/ Bahagian

  •  Permohonan dibuka sepanjang tahun.
  • Bagi permohonan bantuan analisis data, pemohon perlu memastikan data tersedia dalam bentuk salinan lembut (softcopy), telah dibersih dan dimurnikan (data cleaning), fail jenis Microsoft Excel dan tiada pertindihan data (redundant).

Kolaborasi Penyelidik Dalaman Bahagian

  • Permohonan hanya dibuka pada bulan Januari setiap tahun.
  • Pemohon hendaklah menghantarkan borang permohonan lengkap beserta kertas cadangan penyelidikan kepada Urus setia selewat-lewatnya dua (2) minggu daripada tarikh permohonan dibuka.

Penilaian Jawatankuasa 

  • Setiap permohonan yang diterima akan dinilai oleh Jawatankuasa
  • Setiap Jawatankuasa diketuai oleh seorang Pengerusi dan dianggotai oleh beberapa orang Ahli Jawatankuasa dan jemputan lain yang terdiri daripada Pegawai-Pegawai yang mempunyai kepakaran dalam bidang-bidang berkaitan.
  • Setiap cadangan penyelidikan hendaklah dibentangkan kepada Jawatankuasa Penilaian untuk pertimbangan.
  • Penilaian akan dibuat menggunakan borang permarkahan
  • Selepas sesi pembentangan, Ketua Projek perlu membuat penambahbaikan cadangan penyelidikan sepertimana yang telah dicadangkan oleh panel (jika berkenaan) dan dihantar semula kepada urus setia dalam tempoh masa yang ditetapkan.

A.   Pemantauan dan Pelaporan

  1. Semua projek yang diluluskan di bawah J3PD akan dipantau dari aspek prestasi projek (termasuk kewangan sekiranya berkaitan) bermula dari tarikh projek diluluskan sehingga tempoh projek penyelidikan tamat
  2. Kegagalan Ketua Projek menghantar laporan mengikut masa yang ditetapkan mengakibatkan projek penyelidikan tersebut diletak di bawah status pemerhatian
  3. Permohonan penyelidikan yang akan datang tidak akan dipertimbangkan sekiranya pemohon gagal menghantar laporan penyelidikan semasa.
  4. Justifikasi dan langkah-langkah penyelesaian perlu dikemukakan kepada urus setia sekiranya projek yang dijalankan lewat/ gagal mencapai sasaran perbatuan (milestone) seperti yang dirancang. 
  5. Laporan kemajuan perlu dihantar selepas enam (6) bulan dari tarikh mula projek.
  6. Laporan akhir perlu dihantar dalam tempoh tiga (3) bulan selepas tarikh tamat projek. Satu laporan penyelidikan yang lengkap perlu mengandungi sekurang-kurangnya perkara-perkara seperti berikut:

·                     Tajuk penyelidikan

·                     Nama penyelidik utama, Penyelidik Bersama

·                     Abstrak

·                     Pengenalan/ Latar belakang penyelidikan

·                     Objektif 

·                     Metodologi

·                     Keputusan

·                     Perbincangan

·                     Kesimpulan

·                     Cadangan/ Kekurangan penyelidikan

·                     Rujukan

·                     Apendiks