Tadbir Urus

Penyelidikan merupakan salah satu daripada fungsi yang dijalankan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) yang perlu diberi perhatian kerana berperanan dalam membantu
meningkatkan kompetensi dan
kemampuan (capability) jabatan bagi memastikan kewujudannya terus berdaya maju dan berdaya saing di dalam pengeluaran sumber makanan berasaskan ternakan. Kerjasama pintar melalui kolaborasi penyelidikan dengan pelbagai entiti/agensi seperti institusi pendidikan tinggi, agensi kerajaan dan swasta  diharap dapat memberi hasil penyelidikan yang berkualiti dan memberi impak kepada Jabatan.

Selaku bahagian yang bertanggungjawab mengurus penyelidikan di jabatan, Bahagian Penyelidikan Veterinar telah menyediakan satu arahan prosedur tetap (SOP) pengurusan projek penyelidikan bagi memastikan setiap penyelidikan yang akan dijalankan adalah teratur, terancang, efisien dan boleh dilaksanakan (doable). Pengurusan kolaborasi/ penyelidikan di Bahagian Penyelidikan Veterinar adalah berdasarkan kepada tadbir urus seperti di bawah:-