Penyelidikan BPV

Penyelidikan merupakan salah satu daripada fungsi yang dijalankan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) yang perlu diberi perhatian kerana berperanan dalam membantu
meningkatkan kompetensi dan
kemampuan (capability) jabatan bagi memastikan kewujudannya terus berdaya maju dan berdaya saing di dalam pengeluaran sumber makanan berasaskan ternakan. Kerjasama pintar melalui kolaborasi penyelidikan dengan pelbagai entiti/agensi seperti institusi pendidikan tinggi, agensi kerajaan dan swasta  diharap dapat memberi hasil penyelidikan yang berkualiti dan memberi impak kepada Jabatan.