Buletin

Bulletin Bicara Veterinar

Pengenalan

Buletin Bicara Veterinar (BBV) mula diperkenalkan Pada tahun 2018 dan diterbitkan sebanyak dua kali setahun. Hasil daripada penerbitan ini dapat dijadikan sebagai panduan dan rujukan kepada warga jabatan khususnya yang bekerja di lapangan untuk disampaikan kepada penternak.

Pelbagai maklumat telah dikongsikan dari segi genetik dan pembiakbakaan, agronomi dan pemakanan ternakan, kawalan penyakit dan pencegahan, kualiti makanan, sistem pengeluaran ternakan dan sebagainya. Penerbitan ini adalah salah satu usaha DVS agar idea serta teknologi yang telah dibangunkan oleh warga jabatan dapat dipraktikkan oleh penternak di lapangan bagi menjamin pembangunan sektor agro makanan negara.

Buletin Bicara Veterinar ini diterbitkan menggunakan Bahasa saintifik yang mudah untuk difahami oleh semua lapisan masyarakat samada saintis ataupun golongan bawahan dan penternak yang bekerja dilapangan. Perkongsian ilmu yang di kongsikan dalam buletin ini dapat menambahkan pengetahuan dalam meningkatkan kualiti industri penternakan negara.