Kolaborasi Penyelidikan Dengan Agensi Luar J3P

SYARAT DAN PERATURAN PERMOHONAN

  1. Setiap permohonan perlu disertakan dengan borang permohonan BPV01 dan kertas cadangan penyelidikan http://research.dvs.gov.my/.
  2. Semua permohonan mestilah dinilai dan diperakukan oleh Ketua Jabatan/ Pengarah DVS Negeri/ Pengarah Bahagian/ Pengarah Institut/ Makmal masing-masing terlebih dahulu.
  3. Pemohon hendaklah memastikan Penyelidik Bersama dan Bahagian/ Institut/ Makmal/ Ladang yang dipilih telah bersetuju untuk menjalankan projek melalui surat rasmi atau sebarang dokumen persetujuan.
  4. Pemohon perlu memastikan cadangan projek penyelidikan telah mendapat kelulusan daripada DVS terlebih dahulu sebelum permohonan sebarang geran/ peruntukan daripada sumber-sumber lain dibuat.
  5. Kelulusan Institutional Animal Care and Use Committee (IACUC) diperlukan bagi permohonan penyelidikan yang melibatkan penggunaan haiwan hidup.
  6. Permohonan penyambungan kolaborasi hendaklah dikemukakan kepada  pihak urus setia dalam tempoh tiga (3) ke enam (6) bulan sebelum tarikh akhir projek bergantung kepada tempoh masa projek penyelidikan dengan menyertakan laporan kemajuan terkini projek dan justifikasi bagi permohonan.
  7. DVS tidak mengeluarkan Letter of Intent (LOI) kepada mana-mana pihak yang berhasrat untuk mendapatkan dokumen tersebut bagi tujuan permohonan geran penyelidikan.
  8. Pemohon hendaklah mengemukakan surat permohonan rasmi, borang permohonan lengkap, kertas cadangan penyelidikan dan lain-lain dokumen/surat berkaitan dalam bentuk salinan keras (hardcopy) ke pejabat BPV ataupun/ dan dalam bentuk salinan lembut (softcopy) melalui e-mel kepada pihak urus setia di alamat bpv@dvs.gov.my. BPVV sekurang-kurangnya tiga (3) bulan sebelum penyelidikan dijalankan.

 

PENILAIAN DAN PEMAKLUMAN KEPUTUSAN

  1. Permohonan Projek akan dinilai oleh Jawatankuasa Penilaian Projek Penyelidikan DVS (J3P) yang dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan Veterinar dan ahli adalah daripada Pengarah-pengarah Bahagian Teknikal mengikut Terma dan Bidang Penyelidikan yang telah ditetapkan.
  2. Setiap cadangan penyelidikan hendaklah dibentangkan kepada Jawatankuasa untuk pertimbangan.
  3. Penilaian adalah berdasarkan kepada syarat dan peraturan yang tersebut di atas serta lain-lain garis panduan yang berkaitan yang sedang berkuatkuasa.
  4. Ahli Jawatankuasa akan menentukan keperluan menandatangani sebarang perjanjian kerjasama projek penyelidikan terutama yang melibatkan hasil produk penyelidikan dan IP serta keperluan menjaga kerahsiaan kedua belah pihak (Non-Disclosure Agreement, MOA, dll).
  5. Perakuan daripada Panel Penilai akan dimajukan kepada Ketua Pengarah Perkhidmatan Veterinar untuk tujuan keputusan akhir.
  6. Surat keputusan akan dikeluarkan tidak melebihi 30 hari selepas pembentangan dibuat.  Keputusan permohonan adalah muktamad.
  7. Penyelidik perlu menandatangani perjanjian kolaborasi penyelidikan (sekiranya perlu) sebelum projek dimulakan.

A.   Pemantauan dan Pelaporan

  1. Semua projek yang diluluskan di bawah J3PD akan dipantau dari aspek prestasi projek (termasuk kewangan sekiranya berkaitan) bermula dari tarikh projek diluluskan sehingga tempoh projek penyelidikan tamat.
  2. Kegagalan KP menghantar laporan mengikut masa yang ditetapkan mengakibatkan projek penyelidikan tersebut diletak di bawah status pemerhatian.
  3. Permohonan penyelidikan yang akan datang tidak akan dipertimbangkan sekiranya pemohon gagal menghantar laporan penyelidikan semasa.
  4. Justifikasi dan langkah-langkah penyelesaian perlu dikemukakan kepada urus setia sekiranya projek yang dijalankan lewat/ gagal mencapai sasaran perbatuan (milestone) seperti yang dirancang. 
  5. Laporan kemajuan perlu dihantar selepas enam (6) bulan dari tarikh mula projek menggunakan Borang BPV07 http://research.dvs.gov.my/.
  6. Laporan akhir perlu dihantar dalam tempoh tiga (3) bulan selepas tarikh tamat projek. Satu laporan penyelidikan yang lengkap perlu mengandungi sekurang-kurangnya perkara-perkara seperti berikut:
      • Tajuk penyelidikan

      • Nama penyelidik utama, Penyelidik Bersama

      • Abstrak

      • Pengenalan/ Latar belakang penyelidikan

      • Objektif 

      • Metodologi

      • Keputusan

      • Perbincangan

      • Kesimpulan

      • Cadangan/ Kekurangan penyelidikan
      • Rujukan
      • Apendiks