Demam Babi Afrika

Azima Laili Hanifah, Suriani Mohd Noor, Thenamutha Muniandy, Mohd Azlan Jahaya & Dr. Saira Banu Mohd Rejab

Azima Laili Hanifah, Suriani Mohd Noor, Thenamutha Muniandy, Mohd Azlan Jahaya & Dr. Saira Banu Mohd Rejab

Jilid 4 No 2

Demam Babi Afrika atau African Swine Fever (ASF) merupakan penyakit demam berdarah yang menyerang ternakan babi dan babi liar. Penyakit ini disebabkan oleh virus jenis DNA dari keluarga Asfarvirdae yang juga menjangkiti sengkenit (tick) Omithodoros spp. Walaupun penyakit ini tidak bersifat zoonotik (menjangkiti manusia), tetapi ia memberi impak serius kepada ekonomi negara kerana kadar kematian boleh mencapai sehingga 100% pada babi yang dijangkiti. Sesetengah jenis virus ini boleh mengakibatkan kematian haiwan hanya dalam tempoh satu (1) minggu selepas dijangkiti.