Kaedah pantas penentuan ketulenan dan origin Sarang Burung Walit menggunakan peralatan Handheld Portable FTIR beserta analisis Chemometric

Dr. Ketty Goh Siew Lin , Khairunnisak Binti Mohsin, Faridah Binti Ismail, Rosnoor Farkhan bin Hamid

Dr. Ketty Goh Siew Lin , Khairunnisak Binti Mohsin, Faridah Binti Ismail, Rosnoor Farkhan bin Hamid

Melalui penggunaan peralatan Handheld Portable Fourier Transform Infrared (FTIR), dua inovasi kaedah telah dapat dibangunkan iaitu; i) penentuan ketulenan EBN serta ii) penentuan origin dan daya jejak (traceability) EBN. Kaedah ini adalah alternatif kepada kaedah konvensional dan sedia ada seperti PCR, ?infrared spectrometry?, ?benchtop FTIR?, Near Infrared (NIR), Sodium dodecyl sulfate-Polyacrylamide gel electrophoresis (SDS-PAGE), pengecaman secara visual, mikroskop dan lain-lain. Berbanding dengan kaedah konvensional tersebut yang perlu dijalankan di makmal, kaedah ini adalah lebih pantas, tidak merosakkan bentuk asal EBN, mudah (tidak memerlukan kepakaran teknikal dan mudah dibawa), murah (tidak menggunakan bahan kimia, tiada kos bahan pakai buang atau consumables) dan boleh digunakan di lapangan serta menghasilkan keputusan pantas yang boleh dipercayai.