Kaedah Spektroskopi NIRS Bagi Meramal Kandungan Asid Amino Dalam Sarang Burung Walit

En. Suhaimi bin Dollah, Pn. Wan Syahidah binti Hussain, En Sharif bin Saniman, Pn. Normah Miw binti Abdullah

En. Suhaimi bin Dollah, Pn. Wan Syahidah binti Hussain, En Sharif bin Saniman, Pn. Normah Miw binti Abdullah

Kaedah kimia bagi penentuan asid amino sesuatu sampel melibatkan langkah-langkah yang panjang, penggunaan asid pekat, masa yang lama serta kos yang relatifnya tinggi. Masa yang digunakan untuk menganalisis asid amino adalah antara 7-10 hari bekerja. Peralatan makmal yang digunakan biasanya adalah secara kromatografi (HPLC, LCMS, Amino acid analyser) dengan anggaran kos antara RM200 ribu ? RM2.5 juta setiap satu. Near-infrared Spectroscopy (NIRS) merupakan sejenis alat yang membuat pengukuran pantas berasaskan pancaran gelombang cahaya infrared (700-2,500 nm jarak gelombang) keatas ikatan unsur-unsur seperti karbon, nitrogen, dan oksigen . Ia menghasilkan isyarat getaran dari dalam sampel untuk dicerap tanpa melibatkan penggunaan bahankimia semasa penyediaan sampel atau operasi alat. Memandangkan pihak makmal menerima jumlah sampel sarang burung walit yang semakin meningkat dari masa kesemasa, usaha untuk mempercepat dan permudahkan analisis asid amino perlu ditingkat melalui keadah yang paling sesuai untuk dijalankan. NIRS telah dijadikan satu alternatif bagi tujuan analisis tersebut.