pre-loader

Research Article Library

Find Your Article

flower

KAWALAN PENCEMARAN BAU DI LADANG TERNAKAN AYAM KOMERSIAL

Share Now

Nurzillah Maliki, Haryani Hamazah1, Norfadzrin Fadzil1, dan Syed Hussein B. Syed Abdullah2

Industri penternakan ayam merupakan satu industri yang penting kepada negara. Berbicara sahaja tentang perusahaan menternak ayam, terbayang di minda cara ternakan kuno atau bersifat tradisional dengan keadaan persekitaran yang berbau busuk, hanyir, kotor dan dipenuhi lalat. Sesuai dengan peredaran masa, kebanyakan pengusaha ladang ternakan ayam pada hari ini telah maju dengan mengusahakan ladang ayam secara komersial. Namun begitu, apa yang membimbangkan adalah ladang ayam yang diusahakan telah mewujudkan suasana persekitaran yang tidak sihat dengan pencemaran bau dan menjadi tempat pembiakan lalat. Keadaan tersebut telah menjadi faktor kacau ganggu kepada masyarakat setempat dan mencemarkan alam sekitar.Ammonia (NH3) dan hidrogen sulfide (H2S) merupakan sebatian yang sering kali dikaitkan dengan sisa atau buangan ternakan ayam termasuklah najis ayam, sampah-sarap dan ayam yang telah mati. Sisa ini boleh menjadi tempat pembiakan lalat, menyebabkan bau dan seterusnya boleh membawa penyakit kepada manusia dan juga ternakan itu sendiri jika tidak diuruskan dengan cara yang sepatutnya. Gas berbahaya ini menyumbang kepada pertumbuhan bakteria berbahaya seperti E. coli dan Salmonella. Kepekatan gas ammonia dan hidrogen sulfida yang tinggi di udara adalah merbahaya kepada kesihatan manusia dan ternakan serta boleh menyebabkan kematian jika tidak dikawal.

Categories: Penyelidikan Pengeluaran Ternakan
Tags: BPT, Pemakanan