Dr. Pravina Vati Ramachanderen, Roslina Hassan & Dr. Nurul Huda Mohd Zairi
Jilid 4 No 2
Pada ketika negara sedang berjuang untuk membendung pandemik Covid-19 di kalangan manusia, industri ternakan lembu negara pula mula menghadapi ancaman penyakit eksotik Lumpy Skin Disease (LSD) atau Penyakit Kulit Kental yang tidak pernah dilaporkan di Malaysia sebelum ini. LSD adalah penyakit bawaan virus genus Capripoxvirus yang berasal dari keluarga Poxviridae. Penyakit ini berlaku di kalangan ternakan lembu dan kerbau yang mungkin menjadi ancaman pada industri.