Pengenalpastian Ciri-Ciri Baka Pilihan Industri Penternakan Kambing Di Malaysia

Mohd Hafiz Abdul Rahman, Suriaty Ramli, Ernie Muneerah Mohd Adhan dan Mastura Yaacob

Mohd Hafiz Abdul Rahman, Suriaty Ramli, Ernie Muneerah Mohd Adhan dan Mastura Yaacob

Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) telah memperkenalkan pelbagai baka ternakan ruminan kecil kepada penternak. DVS juga telah menjalankan kajian untuk menilai prestasi baka-baka ini di ladang-ladang Jabatan, walau bagaimanapun, baka-baka ini tidak dinilai di peringkat penternak. Penilaian ciri-ciri baka pilihan di peringkat penternak adalah sangat penting kerana ini akan memberi petunjuk yang benar berkenaan prestasi baka-baka di ladang-ladang swasta dan sumbangannya kepada produktiviti dan daya saing industri penternakan. Selain itu, perspektif penternak ke atas sesuatu baka atau baka kacukan dapat memberikan maklumbalas berkenaan potensi sesuatu baka atau baka kacukan dari aspek keuntungan bisnes, kesenangan penternakan, kesesuaian untuk upacara keagamaan (akikah/korban), penerimaan oleh penjual daging/pengguna, dan sebagainya. Kajian melalui kaedah soalselidik ini bertujuan untuk mendokumenkan perspektif penternak berkenaan baka ternakan kambing yang mereka ternak. Ini akan dapat menjadi panduan kepada industri dalam merangka strategi pembiakbakaan kambing pada masa akan datang.