Punca Ayam Lesu, Hilang Selera & Najisnya Tidak Normal: Kenali Penyakit Salmonellosis

Muhammad Marwan Ibrahim

Muhammad Marwan Ibrahim

Jilid 4 No 2

Terdapat ribuan jenis Salmonella di dunia, dan yang terkini jumlah serovar yang telah direkodkan adalah sebanyak 2555 berdasarkan rujukan White-Kaufmann Scheme pada tahun 2007 (Grimont & Weill, 2007). Identifikasi pelbahai jenis Salmonella ini dapat ditentukan melalui beberapa kaedah seperti teknik ujian biokimia, molekular, pencirian permukaan antigen dan lain-lain. Antara jenis Salmonella yang mendapat perhatian adalah S. Enteritidis, S. Typhimurium, S. Paratyphi, S. Typhi, S. Pullorum, dan S. Gallinarum.