Silaj Dalam Plastik :Inovasi Pembuatan Makanan Ternakan

Nurzillah Maliki, Haryani Hamzah, Norfadzrin Fadzil, Sabariah Basir, Mohd. Noor Ibrahim & Sharil Azwan Mohd. Zain

Nurzillah Maliki, Haryani Hamzah, Norfadzrin Fadzil, Sabariah Basir, Mohd. Noor Ibrahim & Sharil Azwan Mohd. Zain

Jilid 2 No 1

Silaj adalah sejenis makanan ternakan yang terhasil daripada pemeraman rumput atau bahan sampingan pertanian yang disimpan di dalam silo yang kedap udara. Rumput berkelembapan tinggi yang digunakan diperam dalam keadaan tanpa udara dalam jangkamasa yang lama bagi mengelakkan kerosakan. Tujuan utama pengeluaran silaj adalah untuk memastikan bekalan makanan berkualiti secara berterusan tanpa mengurangkan mutu pemakanan serta tidak dipengaruhi oleh perubahan cuaca dan bencara alam seperti kemarau dan banjir.