TATACARA PENGURUSAN VETERINAR YANG DITERIMA PAKAI

Soal selidik ini dibuat bagi mengumpul maklumat dan mendapatkan maklumbalas awam berhubung dengan cadangan penggubalan Peraturan-Peraturan Kebajikan Haiwan (Tatacara Pengurusan Veterinar Yang Diterima Pakai) dibawah Akta Kebajikan Haiwan 2015 [Akta772]

Latarbelakang

Akta Kebajikan Haiwan 2015(Akta 772) di bawah peruntukan Seksyen 62(2)(o);  memberi kuasa untuk Menteri membuat peraturan-peraturan berhubung perkara-perkara yang berkaitan dengan tatacara pengurusan veterinar yang boleh diterima pakai.

Peraturan-peraturan yang dibuat ini adalah bagi menetapkan kedua-dua tatacara pengurusan veterinar yang dibenarkan dan tidak dibenarkan untuk dilaksanakan terhadap haiwan. Peraturan-peraturan ini juga menetapkan pihak-pihak yang dibenarkan untuk melaksanakan tatacara pengurusan veterinar sama ada ianya boleh dilakukan oleh semua orang atau pihak yang dibenarkan sahaja.

Peraturan ini juga akan menjelaskan pihak-pihak yang dibenarkan untuk melaksanakan tatacara pengurusan veterinar yang tertentu.

Tujuan

Tujuan soal selidik ini dibuat adalah untuk:-

  1. Mendapat maklumbalas orang awam berhubungan dengan cadangan pengubalan Peraturan-Peraturan Kebajikan Haiwan (Tatacara Pengurusan Veterinar Yang Diterima Pakai)
  2. Mengumpul maklumat tambahan daripada orang awam untuk dimasukkan di dalam peraturan-peraturan yang digubal
  3. Memenuhi keperluan dalam prosedur penyediaan Regulatory Impact Statement (RIS)

Kaedah

Terdapat 16 soalan di dalam soal selidik ini.

Sila tandakan (/) dalam ruangan yang disediakan.

Anda boleh memberi pandangan / ulasan tambahan dalam kotak yang disediakan di bawah setiap soalan.