PEMILIKAN HAIWAN YANG BERTANGGUNGJAWAB

Soal selidik ini dibuat bagi mengumpul maklumat dan mendapatkan maklumbalas awam berhubung dengan cadangan penggubalan Peraturan-Peraturan Kebajikan Haiwan (Pemilikan Haiwan Yang Bertanggungjawab) dibawah Akta Kebajikan Haiwan 2015 [Akta772]

Latarbelakang

Akta Kebajikan Haiwan 2015 (Akta 772) di bawah peruntukan Seksyen 62(2)(a);  memberi kuasa untuk Menteri membuat peraturan-peraturan berkaitan dengan perkara yang berhubungan dengan pengendalian haiwan.

 

Peraturan-peraturan yang dibuat ini adalah bagi menetapkan perkara-perkara yang menjadi keperluan asas bagi haiwan yang wajib dipenuhi oleh setiap pemilik haiwan dalam memastikan kebajikan haiwan yang dimilik sentiasa berada pada tahap yang baik dan sempurna. Peraturan-peraturan ini juga menetapkan perkara-perkara berhubung pengendalian haiwan yang baik dan pencegahan kepada masalah gangguan yang disebabkan oleh haiwan yang dimiliki terhadap orang awam.

 

Selain itu, Peraturan ini juga menjelaskan berkaitan tanda pengenalan haiwan yang perlu dibuat bagi tujuan kawalan penyakit dan daya jejak.

 

Tujuan

Tujuan soal selidik ini dibuat adalah untuk:-

  1. Mendapat maklumbalas orang awam berhubungan dengan cadangan pengubalan Peraturan-Peraturan Kebajikan Haiwan (Pemilikan Haiwan Yang Bertanggungjawab).
  2. Mengumpul maklumat tambahan daripada orang awam untuk dimasukkan di dalam peraturan-peraturan yang digubal
  3. Memenuhi keperluan dalam prosedur penyediaan Regulatory Impact Statement (RIS)

Kaedah

Terdapat 13 soalan di dalam soal selidik ini.

Sila tandakan (/) dalam ruangan yang disediakan.

Anda boleh memberi pandangan / ulasan tambahan dalam kotak yang disediakan di bawah setiap soalan.

Anda diminta untuk mengisi maklumat asas responden bagi tujuan analisa kajian.

Sila tanda (√) dalam petak.