PENGANGKUTAN HAIWAN

Soal selidik ini dibuat bagi mengumpul maklumat dan mendapatkan maklumbalas awam berhubung dengan cadangan penggubalan Peraturan-Peraturan Kebajikan Haiwan (Pengangkutan Haiwan) dibawah Akta Kebajikan Haiwan 2015 [Akta772]

Latarbelakang

Akta Kebajikan Haiwan 2015 (Akta 772) di bawah peruntukan Seksyen 62(2)(b) dan(f);  memberi kuasa untuk Menteri membuat peraturan-peraturan berkaitan dengan perkara yang berhubungan dengan pengendalian haiwan.

 

Peraturan-peraturan yang dibuat ini adalah bagi menetapkan perkara-perkara yang menjadi keperluan asas yang wajib dipenuhi oleh setiap pemunya atau pengendali pengangkut haiwan  dalam memastikan kebajikan haiwan sentiasa berada pada tahap yang baik dan sempurna. Peraturan-peraturan ini menetapkan perkara-perkara berhubung pematuhan am  untuk  pengangkut haiwan darat, udara dan laut.

 

Tujuan

Tujuan soal selidik ini dibuat adalah untuk:-

  1. Mendapat maklumbalas orang awam berhubungan dengan cadangan pengubalan Peraturan-Peraturan Kebajikan Haiwan (Pengangkut Haiwan).
  2. Mengumpul maklumat tambahan daripada orang awam untuk dimasukkan di dalam peraturan-peraturan yang digubal 
  3. Memenuhi keperluan dalam prosedur penyediaan Regulatory Impact Statement (RIS) 

Kaedah

Terdapat 18 soalan di dalam soal selidik ini.

Sila tandakan (/) didalam ruangan yang disediakan.

Anda boleh memberi pandangan / ulasan tambahan di dalam kotak yang disediakan di bawah setiap soalan.

Anda diminta untuk mengisi maklumat asas responden bagi tujuan analisa kajian.

Sila tanda (√) dalam petak.