Akreditasi ISO 17025 Di Makmal: Penting Atau Tidak

Azlan Jahaya, Nurain Izzati Said & Dr. Thuba Thabitah Abdullah Tahir

Azlan Jahaya, Nurain Izzati Said & Dr. Thuba Thabitah Abdullah Tahir

Jilid 5 No 1

ISO 17025 atau secara rasmi dikenali sebagai MS ISO/IEC 17025:2017 adalah pengiktirafan di bawah Skip Akreditasi Makmal Malaysia (SAMM). Skim ini merupakan akreditaso makmal ujian dan kalibrasi yang diiktiraf di peringkat negara dan antarabangsa. Akreditasi ini dijalankan oleh Jabatan Standards Malaysia (JSM) di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI). Makmal yang telah diakreditasikan adalah makmal yang telah diperakui kompeten melaksanakan ujian makmal atau kalibrasi. Laporan makmal yang diiktiraf di bawah SAMM adalah diterima di peringkat antarabangsa. Versi MS ISO/IEC 17025:2017 baru dimulakan pada tahun 2018 dan merupakan semakan kedua bagi menggantikan versi semakan pertama iaitu MS ISO/IEC 17025:2005.