Awasi Anak-Anak Anda: Mereka Mungkin Terdedah Kepada Risiko Toksokariasis

Debbra Marcel

Debbra Marcel

Jilid 3 No 2

Apakah itu Toksokariasis?

Ia merupakan jangkitan terhadap larva, sejenis cacing gelang yang bersifat parasit. Secara saintifiknya, ia merujuk kepada spesies cacing dipanggil Toxocara spp. yang dikelaskan di bawah keluarga Ascarididae. Biasanya, cacing-cacing di dalam pengkelasan keluarga Ascarididae, bersifat parasit dan memberi kesan buruk kepada banyak vertebrata dan manusia. Walaupun toksokariasis dikategorikan sebagai jangkitan parasit yang diabaikan oleh Pusat Kawalan Penyakit kerana ianya boleh menyebabkan jangkitan yang teruk kepada manusia, namun ianya masih kurang disedari dan diberi perhatian oleh kebanyakan orang.