Azolla Si Hijau Emas

Haryani Hamazah

Haryani Hamazah

Jilid 5 No 1

Anda pernah dengar tentang Si Hijau Emas ini? Si Hijau Emas atau Azolla merupakan sejenis tumbuhan akuatik dalam famili Salviniaceae yang terapung di atas permukaan air dan akarnya tenggelam di dalam air. Nama Azolla berasal dari dua perkataan Greek iaitu Azo bermaksud kering (to dry) dan Ollyo bermaksud terhapus (to kill) yang menggambarkan tumbuhan ini akan terhapus apabila musim kemarau dan memerlukan air sebagai medium untuk berkembang biak.