Syamsiah Aini Shohaimi
Jilid 5 No 1
Canine Distemper adalah penyakit yang biasanya menyerang anjing domestik. Penyakit ini sangat mudah dijangkiti di mana ia menyerang saluran pencernaan, pernafasan, sistem saraf pusat dan menyebabkan kematian yang tinggi kepada haiwan yang dijangkiti. Penyakit Canine Distemper ini adalah penyakit bawaan Virus Canine Distemper (CDV). Ia adalah daripada morbolivirus, subfamily paramyxovirus yang berkait rapat dengan virus yang mengakibatkan penyakit campak (measles) serta Rinderpest.