Daging Lembu Segar Vs Daging Kerbau Sejuk Beku

DR. Fazly Ann Zainalabidin, Mastura Yaacob, Marni Sapar & Dr. Ramlan Mohamed

DR. Fazly Ann Zainalabidin, Mastura Yaacob, Marni Sapar & Dr. Ramlan Mohamed

Jilid 4 No 1

Di Malaysia, daging lembu dan kerbau merupakan sumber daging merah utama bagi pengambilan protein. Malaysia mengimport di antara 75% hingga 80% daging kerbau sejuk beku dari beberapa negara bagi memenuhi keperluan tempatan. Pengimportan daging kerbau sejuk beku yang tinggi mencetuskan kebimbangan di kalangan pengusaha daging lembu tempatan di mana ia mungkin akan menyebabkan kurangnya permintaan terhadap daging lembu tempatan kerana daging kerbau sejuk beku lebih mudah didapati pada harga yang lebih rendah. Namun adakah mungkin ia hanya tanggapan sahaja?