Industri Penternakan Ayam Di Malaysia

Muhamad Redzwan Sidik & Syamsiah Aini Shohaimi

Muhamad Redzwan Sidik & Syamsiah Aini Shohaimi

Jilid 4 No 2

Penternakan ayam merupakan satu jenis industri ternakan yang berskala besar di negara kita dan di kebanyakan negara lain di dunia. Daging ayam menjadi makanan kegemaran pelbagai masyarakat di dunia termasuk di Malaysia. Oleh yang demikian, industri penternakan ayam telah berkembang untuk memenuhi keperluan permintaan di dalam dan di luar negara. Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2018 menunjukkan sektor pertanian menyumbang 7.3 peratus (RM99.5 bilion).