Nurul Aini Mohd Yusof & Rabi'atul 'Adawiyah Zayadi
Jilid 6 No 1
Nor Livestock Farm Sdn Bhd (NLF) ditubuhkan pada tahun 2014 dan terletak di Batang Kali, Selangor. Ladang ini bermula sebagai ladang tenusu berskala kecil yang hanya mempunyai 4 ekor induk sahaja. Setelah 2 tahun beroperasi, jumlah induk meningkat kepada 100 ekor dimana kesemua ternakan diimport dari Australia. Pada tahun 2019, NLF hanya menternak lembu daripada baka tulen Holstein A2A2 dan menjadi ladang tenusu pertama di Semenanjung Malaysia yang mengeluarkan susu segar A2A2. Selain aktiviti penternakan lembu tenusu, NLF juga terlibat dengan pembuatan makanan, mineral, vitamin dan makanan tambahan untuk ternakan.