Jaminan Bekalan Makanan Negara: Dasar Dan Polisi Sektor Pertanian

Nurshuhada Solahudin & Nurul Aini Mohd Yusof

Nurshuhada Solahudin & Nurul Aini Mohd Yusof

Jilid 5 No 2

Peningkatan populasi penduduk dan gaya hidup rakyat di Malaysia mempengaruhi peningkatan makanan negara secara mendadak. Pada tahun 1970, populasi rakyat Malaysia adalah seramai 10.8 juta orang dan dianggarkan telah meningkat kepada 33.1 juta pada tahun 2022. Seiring dengan peningkatan populasi penduduk, isu jaminan makanan turut menjadi perhatian.