Jangkitan Cacing Pita Pada Ternakan Ruminan

Dr. Fazly Ann Zainalabidin, Dr. Aisyah Munira Mohd Amir, B. Premaalatha & Erwanas Asmar Ismail

Dr. Fazly Ann Zainalabidin, Dr. Aisyah Munira Mohd Amir, B. Premaalatha & Erwanas Asmar Ismail

Jangkitan Cacing Pita pada Ternakan Ruminan BULETIN_BBV_V5_N3 Jilid 5 No 3

Cacing boleh dibahagikan kepada tiga jenis iaitu, cacing pita (cestode), cacing gelang (nematode) dan cacing pipih (trematode). Contoh ketiga-tiga jenis cacing boleh dilihat pada Rajah 1,2 dan 3. Cacing pita berbentuk leper, bersegmen dan panjang. Spesies cacing pita yang sering dijumpai pada ruminan adalah Moniezia spp. Sekurang-kurangnya 12 species Moniezia telah dikenalpasti pada ruminan domestik dan liar. Daripada senarai tersebut, hanya dua spesies yang sering dijumpai pada ruminan iaitu, Moniezia expansa dan Moniezia benedeni. Panjang M. exapansa boleh mencecah sehingga 10 meter.