Kawalan Jangkita Low Pathogenic Avian Influenza (LPAI) H9N2 Di Malaysia

Dr. Nurul Huda Mohd. Zairi, Norazean Mohamd Falal, Fakhrulisham Razali, Nurshuhada Solahudin & Dr. Rozanah Asmah Abd. Samad

Dr. Nurul Huda Mohd. Zairi, Norazean Mohamd Falal, Fakhrulisham Razali, Nurshuhada Solahudin & Dr. Rozanah Asmah Abd. Samad

Kawalan Jangkitan Low Pathogenic Avian Influenza (LPAI) h9N2 di Malaysia BULETIN_JILID-6_NO1_2023 Jilid 6 No 1

Azian influenza (AI) atau lebih dikenali sebagai Selesema Burung merupakan sejenis penyakit bawaan virus yang boleh menjangkiti pelbagai spesies unggas dan mamalia termasuk manusia. Walaupun jangkitan kepada manusia jarang berlaku, namun boleh memudaratkan kesihatan dan mendatangkan kematian sekiranya manusia dijangkiti virus tersebut. Virus avian influenza dibahagikan kepada dua kategori patogenik iaitu Highly Pathogenic Avian Influenza (HPAI) dan Low Pathogenis Avian Influenza (LPAI), bergantung kepada subtip dan tahap keterukan jangkitanyya kepada haiwan atau manusia. Walaupun LPAI adalah sejenis virus avian influenza yang kebiasaannya tidak menunjukkan tanda klinikal yang signifikan dan tidak menyebabkan kematian, namun jangkitan LPAI dari subtip H9N2 ini boleh mengakibatkan penurunan pengeluaran ternakan yang signifikan serta kadar morbiditi dan kematian yang tinggi jika berlaku serentak dengan jangkitan patogen lain, terutamanya pada pemeliharaan ternakan ayam pembaka dan penelur.