Kawalan Penyakit Menerusi Pelupusan Karkas Yang Sempurna Di Ladang Penternakan Babi

Dr. Navanithakumar B.

Dr. Navanithakumar B.

Jilid 4 No 1

Industri penternakan babi di Malaysia telah berubah setelah berlakunya insiden wabak Nipah yang melanda negara pada tahun 1997-1999. Setelah penurunan mendadak bilangan ladang serta populasi selepas berlakunya wabak tersebut data industri ternakan babi dari tahun 2000 sehingga 2019 telah menunjukkan populasi yang boleh dikatakan stabil dengan purata populasi 1.95 juta ekor.