Kebajikan Haiwan Dalam Sistem Pengeluaran Lembu Secara Semi-Intensif Dan Ekstensif

Dr. Razlina Raghazali & Dr. Syamsiah Harun

Dr. Razlina Raghazali & Dr. Syamsiah Harun

Jilid 6 No 1

Secara umumnya, penternakan lembu di Malaysia dijalankan secara intensif (dipelihara di dalam kandang/kurungan), semi-intensif (dibiarkan di padang ragut pada waktu siang dan di kandang pada waktu malam) dan ekstensif (lepas bebas di kawasan tertentu, cth. sistem integrasi). Walaupun sistem penternakan ekstensif membolegkaan lembu bebas mempamerkan kelakuan semulajadi, terdapat beberapa isu yang turut terkait demgan kebajikan lembu yang diternak. Keadaan iklim dan persekitaran (suhu dan kelembapan) yang tidak seragam, kesesuaian baka, kualiti makanan yang berbeza, akses kepada sumber air yang berkualiti, pemangsaan, kualiti pengendalian ternakan dan masalah kesihatan dan kecederaan adalah antara isu yang dihadapi oleh ternakan. Penekanan dalam aspek kebajikan haiwan dapat memberi kesan positif ke atas prestasi ternakan yang seterusnya memberi manfaat jangka panjang sama ada dari aspek ekonomi, kesejahteraan dan kualiti hidup manusia.