Keracunan Kuprum Pada Ternakan Ruminan

Norlindawati Abdul Pateh

Norlindawati Abdul Pateh

Jilid 3 No 2

Kuprum adalah sejenis mineral, mineral pula adalah bahan bukan organik yang diperlukan oleh ternakan dalam kuantiti tertentu untuk pelbagai fungsi. Sesetengah mineral diperlukan dalam jumlah yang lebih tinggi daripada yang lain seperti kalsium, fosforus, magnesium, natrium, kalium dan klorid. Lain-lain mineral pula diperlukan dalam kuantiti yang lebih rendah dan dikenali sebagai mineral surih seperti besi, zink, iodin, fluorid, selenium, dan kuprum.