Marni Binti Sapar, Khairunnisak Binti Mohsin, Norzela Binti Majid
Penentuan analisa risiko terhadap residu drug veterinar di dalam sampel daging ayam yang didapati daripada loji pemprosesan ayam tempatan berjaya menilai risisko kemudaratan penggunaan drug veterinar terhadap keselamatan dan kesihatan awam. Penganalisaan sampel daging ayam ini mendapati risiko kemudaratan residu drug veterinar berdasarkan pengambilan harian daging ayam oleh rakyat Malaysia masih ditahap selamat berdasarkan piawaian dan garispanduan WHO, 2005. Dengan adanya prosedur analisa risiko yang dibangunkan ini tahap residu gabungan daripada pengambilan makanan lain seperti susu, ikan dan daging boleh dilaksanakn bagi mempastikan tahap risiko keselamatan drug veterinar sebenar bagi pengguna di Malaysia adalah ditahap yang rendah dan selamat.