Mohd Hafiz Abdul Rahman
Program Pemilihan Genetik merupakan salah satu komponen yang penting dalam Program Pembiakbakaan Ternakan secara keseluruhannya. Tujuan diadakan program adalah untuk membuat penilaian genetik dan seterusnya memberikan satu ?ranking? nilai genetik kepada keseluruhan ternakan yang terdapat dalam sesebuah ladang pada sesuatu tahun semasa. Ini akan dapat membolehkan pihak pengurusan untuk menentukan individu ternakan manakah yang seharusnya terus disimpan di ladang dan yang perlu dikeluarkan daripada ladang (jualan, pindah stok dan sebagainya) untuk meminimakan kos pengurusan.Melalui Program Pemilihan Genetik yang berterusan dan berpanjangan daripada tahun ke tahun akan memastikan nilai baka ternakan dalam ladang dapat dikekalkan dan ditingkatkan daripada masa ke semasa. Hasil akhir daripada semua proses diatas akan dapat memberikan pihak pengurusan senarai akhir individu ternakan yang disimpan atau dikeluarkan serta dapat menentukan sasaran pengeluaran ternakan baka daripada ladang tersebut.