Statistik pengimportan bekalan daging mentah negara telah meningkat dari tahun ke tahun disebabkan .Bekalan daging mentah di Malaysia masih belum mencukupi bagi memenuhi kehendak pasaran tempatan dan ini menyebabkan harga daging lembu di pasaran tempatan naik dan untuk mengatasi masalah ini, daging mentah terpaksa diimport dari negara luar seperti India, Australia, New Zealand, Sudan, Afrika dan Thailand.Langkah yang diambil bagi mengatasi masalah ini ialah dengan memperkenalkan lembu Hibrid Sado kepada industri ternakan Malaysia.Lembu Hibrid Sado adalah lembu pedaging kacukan yang terhasil dengan pembiakan secara Permanian Beradas (Artificial Insemination Al) menggunakan semen beku daripada lembu yang mempunyai ciri-ciri otot berganda semulajadi dan bersaiz besar seperti baka Belgian Blue, Charolais dan Limousin.Jabatan Perkhidmatan Veterinar telah menawarkan perkhidmatan perkhidmatan berikut bekalan Semen Beku berkualiti, perkhidmatan Permanian beradas, pembangunan Jurusuntik Permanian, beradas persendirian (DIY) bertauliah pendaftaran dan sistem pengrekodan, baka ternakan secara online (e-Baka) dan Khidmat nasihat dan latihan.