Mastitis Pada Lembu Tenusu: Punca, Gejala & Rawatan

Muhammad Marwan Ibrahim,Dr. Dhia Mardhia Engcong & Roseliza Roslee

Muhammad Marwan Ibrahim,Dr. Dhia Mardhia Engcong & Roseliza Roslee

Mastitis pada Lembu Tenusu – Punca, Gejala dan Rawatan BULETIN_JILID-6_NO1_2023_WEB 

Mastitis adalah keradangan pada kelenjar susu yang menyebabkan kelenjar susu membengkak, kemerahan, panas, sakit dan keras. Kebiasaannya mastitis terjadi pada lembu tenusu berbanding lembu pedaging. Bagi lembu yang mengalami mastitis, susu yang terhasil dilihat berwarna kuning pekar dan berketul-ketul. Dalam kebanyakan jangkitan mastitis, lembu yang dijangkiti hanya menunjukkan gejala yang ringan, namun penghasilan susu akan berkurangan serta terdapat perubahan pada tekstur dan kualiti susu yang dihasilkan. Jangkitan mastitis yang berlanjutan sehingga dua bulan tanpa rawatan boleh mengakibatkan jangkitan kronik dan menyukarkan proses rawatan kemudian hari.