Memaksimumkan Margin Keuntungan Dengan Penggunaan Teknologi Kecerdasan Buatan

Farid Zamani Che Rose, Dr. Ramlan Mohamed & Erni Muneerah Mohd Adhan

Farid Zamani Che Rose, Dr. Ramlan Mohamed & Erni Muneerah Mohd Adhan

Jilid 6 No 1

Secara umumnya, sebahagian besar aspek kehidupan kita kini dipengaruhi oleh kemajuan teknologi. Kepesatan penggunaan dan pengaruh teknologi ini selanjutnya memberikan peluang kepada perkembangan teknologi pintar dan aplikasi kecerdasan buatan atau Artificial Intelligence (AI). Pada masa kini, teknologi AI telah pun digunakan secara meluas di dalam pelbagai bidang seperti perbankan, pendidikan, kawalan keselamatan, geologi, kesihatan, telekomunikasi, pemasaran, dan lain-lain. Dalam bidang veterinar, teknologi AI ini sudah mula diaplikasikan untuk membantu mengesan penyakit haiwan peliharaan dan ternakan, membantu membuat penganggaran berat badan ternakan, serta meningkatkan kualiti hasilan ternakan seperti daging dan produk tenusu.