Nitrit Dalam Sarang Burung Walit: Suatu Pencemaran. Faridah F.I, Akma N.H., Ketty G.S.L., Khairunnisak M. and Norakmar

Faridah F.I, Akma N.H., Ketty G.S.L., Khairunnisak M. and Norakmar I

Faridah F.I, Akma N.H., Ketty G.S.L., Khairunnisak M. and Norakmar I

Industri Sarang Burung Walit merupakan industri yang sangat popular dan bernilai jutaan ringgit kerana harga pasarannya yang mahal dan mendapat permintaan yang tinggi terutamanya bagi pengeksport produk tersebut ke negara China. Kerajaan Malaysia turut memberi sokongan dan penekanan dalam bidang ini dan ia merupakan salah satu program di dalam Program Transformasi Ekonomi (ETP) negara. Apabila ia mula dipromosikan pada tahun 2006, pelbagai pihak berlumba-lumba merebut peluang untuk menyertai industri ini. Sekiranya di awal perkembangan industri ini, sarang burung walit hanya dituai dari gua-gua di Sabah dan Sarawak, kini lebih banyak hasil dituai dari premis yang sengaja dibina seperti premis yang diubahsuai dari rumah kedai mahu pun rumah-rumah yang dibina khusus bagi menarik burung-burung ini membuat sarang. Sehingga kini terdapat sekitar 50,000 premis burung walit di seluruh negara, namun begitu hanya 1,083 pengusaha menyertai dan dianugerahkan sijil SALT (skim akreditasi ladang rernakan), 15 loji pemprosesan dianugerahkan sijil VHM (Veterinary Health Mark) dan 4 pengusaha dianugerahkan sijil GVHP (Good Veterinary Health Practice) yang dikendalikan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Malaysia. Bagi pengusaha yang menyertai skim SALT, pihak berkuasa veterinar akan sentiasa memantau premis mereka serta memberi khidmat nasihat bagi memastikan premis mereka bebas daripada penyakit Selsema Burung, Sampar dan Salmonelosis. Manakala loji yang dianugerahkan sijil VHM/GVHP, sistem pengurusan dan produk mereka akan dipantau secara berkala bagi memastikan produk sarang burung walit yang dihasilkan berkualiti dan mematuhi tahap keselamatan makanan tennasuk kandungan nitrit di dalam produk mereka. Pengharaman import sarang burung walit oleh Negara China pada tahun 2009 atas alasan kandungan nitrit yang tinggi telah memberi kesan negatif pada industri ini. Pelbagai andaian dibuat, mencari punca bagaimana sebatian tersebut boleh berada dalam produk yang bernilai tinggi ini dan kesannya kepada pengguna. Kebanyakan maklumat yang diperolehi tertumpu kepada penggunaan sebatian ini sebagai bahan pengawet di dalarn industri makanan. Selain berfungsi sebagai pengawet, penggunaan nitrit juga dapat memberikan warn yang lebih menarik dan segar. Akta Makanan Malaysia 1985 membenarkan penggunaan sebatian ini di dalam produk daging tetapi mestilah tidah melebihi 200 mg/kg kerana kepekatan yang tinggi akan memudharatkan kesihatan pengguna. Nitrit, N02- adalah sepuluh ganda lebih toksik berbanding nitrat, N03-. Bila mana ion nitrit bergabung dengan sel darah merah (haemoglobin), ia akan membentuk methemoglobin yang stabil dan ini akan mcnghalang pengangkutan oksigen ke seluruh sel dalam badan yang boleh rnengakibatkan kematian. Pembentukan sebatian N-nitrosamine dalam badan yang mcrupakan punca kanser juga adalah sebab utama ketakutan pengguna kepada isu nitrit. Pakar JEFCA (The Joint VHO/FAO Expert Committee on Food Additives) telah menetapkan tahap ADI (Acceptable Daily Intake) sebagai 0-0.07 mg/kg berat badan dan dinyatakan dalam bentuk ion nitrit. Kebanyakkan kes kandungan nitrit yang tinggi di dalam sarang burung walit bukanlah discbabkan oleh penambahan nitrit sebagai bahan awet tetapi disebabkan oleh pencemaran secara semulajadi dari udara persekitaran. Namun begitu, amalan pengurusan premis dan loji pemprosesan yang baik akan mampu untuk menghilangkan nitrit seterusnya mematuhi peraturan yang ditetapkan iaitu di bawah 30 mglkg.