Pengesanan Penyakit Bovine Tuberculosis Di Dalam Lembu: Cabaran Pengkulturan Mycobacterium Tuberculosis Complex Di Dalam Makmal Veterinar

Dr. Mohd. Fhitri Shari

Dr. Mohd. Fhitri Shari

Jilid 6 No 1

Penyakit Tuberkulosis (TB) adalah penyakit yang sangat berbahaya dan mudah merebak kepada manusia. Penyakit yang dicetuskan oleh sekumpulan bakteria daripada genus Mycobacterium yang dikenali sebagai Mycobacterium tuberculosis complex (MTBC) ini dipercayai telah wujud lebih 150 juta tahun dahulu dan mula direkodkan dalam sejarah manusia kira-kira 70,000 tahun yang lampau.